Tuesday, September 6

Ovarian Cyst Semasa Mengandung Dah Kecut & Hilang

Salam ...

Bila lah mood rajin berblogging macam dulu nak masuk dalam badan ni? Ingatkan bila dah hilang muntah pening mood berblogging datang lah seminggu sekali ke. Ni sebulan sekali pun rasa macam berat nak menaip ;)

Hari ni nak share pengalaman sendiri. Mengandung kali ni BW disahkan ada ovarian cyst. Sebelum ni BW memang dah tahu lah pasal ovarian cyst ni sebab ada my friend yang cerita pengalaman dia buat minor surgery buang cyst sewaktu kandungan masuk trisemester kedua. Buat surgery masa pregnant? Ngeri kan statement ni. Bila first time doktor cakap kat BW, "awak ni ada ovarian cyst", memang cuak lah dalam hati masa tu.

Ovarian Cyst @ Ovary with Cyst


Actually kandungan kali ni adalah kandungan keenam, walaupun bila lahir nanti dikira anak yang kelima. Sebab kandungan ketiga dulu, BW mengalami pendarahan dan keguguran. Sedih sangat. tak ada rezeki time tu. Kalau tak, boleh lah tutup kilang lebih awal.

Masa mengandung anak keempat yang lepas, BW start checkup lambat. BW sangka kandungan baru masuk empat bulan. Tapi rupanya, bila scan, doktor sahkan kandungan dah masuk lima bulan. Memang terkejut sebab BW tick calender setiap kali datang bulan. Cuma period terakhir just tiga hari sahaja. So, doktor sahkan hari yang BW sangka last period tu sebenarnya adalah pendarahan. Lagi lah terkejut. Nasib baik kandugan tak apa-apa dan baby membesar dengan normal.

So, kali ni BW check up awal. Dah macam mengandung anak pertama lah pulak, check up seawal 9 minggu. Masa tu lah doktor sahkan BW ada ovarian cyst sebesar 3cm X 3cm. Cuak kot masa tu. Tapi doktor cakap jangan risau, kita pantau dulu, kalau membesar baru lah merbahaya untuk kandungan.

Start dari hari tu BW pun google lah tips nak kecutkan ovarian cyst. Kebanyakan tips adalah makan peria, tapi tips ni tak boleh diguna pakai untuk ibu mengandung. So, BW just amalkan minum pati delima. Tapi bila dah tiga kali scan tak ada perubahan pun, saiz cyst masih sama, BW stop amalkan pati delima tu. BW just amalkan pemakan seimbang dan elakkan makanan yang tak sihat.

Bermula dari kandungan 9 minggu sampailah sekarang dah masuk 30 minggu, memang banyak kali kena buat ultrasound scan. Buat masa ni dah buat 8 kali ultrasound scan. 3 scan yang pertama, memang saiz ovarian cyst masih ditahap yang sama 3cm X 3cm. Scan seterusnya barulah mengecil dan mengecil. Masa ni doktor cakap jangan risau, sebab biasanya ovarian cyst akan hilang dengan sendirinya bila baby membesar. Alhamdulillah, scan kali ke 8 tu confirm ovarian cyst dah tak ada.

Nanti bila kandungan masuk 36 dan 37 minggu ada lagi 2 ultrasouand scan yang perlu dibuat. First time kena scan banyak kali macam ni tau. Ultrasound scan lepas ni lebih kepada nak decide method of delivery, sama ada nak VBAC (Vaginal Birth After Caesarean) atau C-Sect (Caesarean Section). Bila doktor tanya, BW just jawab nak decide nanti, nak tengok kedudukan baby dulu. Scan terakhir, baby masih lagi songsang/ breech. Macam biasa lah, berharap sangat baby akan pusing dan dalam kedudukan normal sebab nak VBAC. Tapi kalau still breech juga, terpaksa lah czer/ c-sect.

Kepada yang mengalami situasi yang sama, disahkan ada ovarian cyst dengan saiz kurang dari 5cm, jangan risau. Just jaga pemakanan dan doa banyak-banyak supaya cyst tu mengecut dan tak twist. Dan pastikan check up berkala jangan skip. Tapi kalau cyst tu membesar atau memang dah besar dari awal, atau cyst tu twist menyebabkan kita rasa sakit, better dapatkan nasihat doktor, sebab cyst tersebut akan mengganggu tumbesaran bayi dalam kandungan. Boleh baca artikel dari Doktor Zubaidi berkaitan ovarian cyst ketika hamil, Klik Sini.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

49 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan dan selamat sis..take care

    ReplyDelete
  2. kakak sue dulu pun ada cyst masa mengandung. cyst hilang lepas dia bersalin.

    yg pasal czer tu kan BW, sue cadangkan masuk group fb The gentle birthing Malaysia. Ada macam2 tips yang berguna yang sue rasa boleh bantu BW.

    Semoga sedikit sebanyak dapat membantu BW dan dipermudahkan urusan BW bersalin ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada juga baca tips kat group tu. tapi kan tips tu lebih sesuai untuk mereka yang tak pernah czer atau sebelum ni czer disebabkan oleh slow progress. dan juga make sure tiada sebarang penyakit dan kandungan normal.

      kalau czer disarankan oleh doktor disebabkan faktor seperti tulang punggung kecil, uri kat bawah, kedudukan baby melintang atau songsang etc ... jangan la pula gigih nak gentle birth especially home birth without medical assistance.

      walaupun semua ibu-ibu kalau boleh nak sangat bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan optionnya hanya czer, berserah sahaja lah. yang penting utamakan keselamatan nyawa ibu dan baby :)

      Delete
  3. Replies
    1. memang ngeri lah huda, especially kalau cyst membesar dan kena operate ... nasib baik cyst saya dah hilang, Alhamdulillah

      Delete
    2. mak saya dulu pun ada... dah operate dah pun...

      Delete
  4. bila due?

    semoga dipermudahkan ye BW.

    Wah murah rezeki dah 5 orang anak BW...
    Alhamdulillah .

    tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. due awal november nanti. amin. thanks huda.

      Alhamdulillah rezeki. kami pun memang nak anak ramai :)

      Delete
  5. semoga dipermudahkan urusan bersalin. dan semog berbhgia dgn baby baru.. hehhe..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ovarian cyst dah hilang . seriau juga baca sbb ada baby kan ... semoga dipermudahkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah hilang sebelum due date bersalin. Thanks vee :)

      Delete
  7. Allahu,semoga selamat &dipermudahkn semuanye...

    ReplyDelete
  8. Allahu,semoga selamat &dipermudahkn semuanye...

    ReplyDelete
  9. Moga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan ye Zie...

    ReplyDelete
  10. kiranya x perlu operation lah eh..seram dgr..mcm2 risiko semasa mengandung ni..semoga semua selamat amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq JM. Alhamdulillah tak perlu operation buang cyst tu

      Delete
  11. Replies
    1. memang takut bila mula-mula dengar ada cyst :)

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. sunyi balik nampaknya blog ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang mood berblogging dah kelaut lah pha is :)

      Delete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Zie lama menyepi mesti sibuk ngan baby ni 👶

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai JM teka hehe ... busy dengan baby pulak skang ni :)

      Delete
  16. Assalam ZF how r u lama x online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... sihat dah sekarang ni dah habis pantang, Alhamdulillah. Nanti bila masa free banyak, will booommm blog JM kay :)

      Delete
  17. alhamdulillah bw kena kurang makan makanan berlemak sbb cyst ni semua perempuan alami. antara nk besar dgn tak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah hilang kan ... thanks reminds nina, sekarang dah kurang sikit makan yang berlemak compare dulu :)

      Delete
  18. Haishhh..ngeri pulak...takutnya kan....surgery time hamil...Allahuakbar risaukan baby je tu...tapi doktor mesti lebih pandai kan caranya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...