Sunday, July 12

Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sukatan Cawan

Salam ...

Jom buat biskut cornflakes pula. Mudah, sedap dan rangup. Biskut ni tidak sesuai untuk mereka yang pentingkan rupa biskut sebab dohnya yang kasar agak sukar nak dibentuk cantik-cantik.
biskut cornflakes sedap rangup
Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Konflakes Sedap
 Biskut cornflakes yang sedap dan rangup :)~
biskut cornflakes sedap rangup
Bahan-Bahan;
biskut cornflakes sedap rangup
- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 1/4 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1/2 Cawan Cornflakes Halus (Kisarkan)
- 3/4 Cawan Cornflakes Kasar (Hancurkan)
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur
biskut cornflakes sedap rangup
Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sukatan Cawan. Cara Buat Doh Biskut Konflakes Sedap
 Doh biskut cornflakes, walaupun tidak melekat ditangan tapi rapuh dan kasar sedikit.
biskut cornflakes sedap rangup
Cara-Cara;
biskut cornflakes sedap rangup
1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga agak kembang sedikit.
2. Masukkan telur dan esen vanilla kemudian pukul lagi hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, cornflakes dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dengan tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Bulat-bulatkan doh dan leperkan sedikit. Letakkan sekeping cornflakes diatasnya.
6. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.  
biskut cornflakes sedap rangup
Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Konflakes Sedap
 Tak berapa nak bulat sangat sebab doh biskut cornflakes sedikit kasar.
biskut cornflakes sedap rangup
Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Konflakes Sedap
 Yang ni pula setelah dibakar. Memang wangi nestle cornflakes.
biskut cornflakes sedap rangup
Resepi Biskut Cornflakes Rangup Sukatan Cawan. Cara Buat Biskut Konflakes Sedap
Susun dalam balang bila dah sejuk. Untuk resepi ini, boleh dapat dua balang macam ni.
biskut cornflakes sedap rangup
biskut cornflakes sedap rangup
Selamat Mencuba!
biskut cornflakes sedap rangup
Entri Berkaitan;
biskut cornflakes sedap rangup
1. Resepi Asas Doh Biskut Raya
2. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Kek Simple & Senang
biskut cornflakes sedap rangup
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
biskut cornflakes sedap rangup

24 comments:

  1. guna sukatan cawan je? x perlu nk timbang bagai...ishh....kalau ada oven mesti menjadi tetapi di umah x de oven ...mmg x buat biscuit raya tahun ni...maybe next year lah nampaknya hihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat pos kat SS... He He He..

      Delete
    2. mula-mula dulu timbang ... sejak penimbang rosak, sukat cawan aje malas beli penimbang baru :)

      Delete
    3. kalau SS nye pasal boleh haje

      Delete
    4. JM dan SS si BFB ... best friend blogger :)

      Delete
  2. Rupa x cantik pun xpe asalkan sedap di mulut ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann ... lagipun sendiri makan kot :)

      Delete
    2. betul cakap Sue...kalau rupa cantik bila letak dalam mulut..perghhh x sedap...mmg tolak ke tepi

      Delete
    3. hahaha ... kalau pergi raya rumah org, walaupun tak sedap kena telan tau :p

      Delete
  3. guna sukatan cawan mcm ni senang kan.. sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... senang takyah susah-susah beli penimbang :)

      Delete
  4. mesti dah banyak stok biskut raya BW buat ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak mana pun ... sebab banyak yang dah habis anak-anak makan :p

      Delete
  5. Huh! Kalu SS... Main tunjuk je nih.. He He He...

    ReplyDelete
  6. Wah senang jer...thanks for the sharing..barang semua ada kat dapur tu...pas ni boleh terus buat. Petang tadi buat cornflakea madu! Ada lebih cornflakes...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je buat biskut cornflakes ni, cuba kay ... baru buat cornflakes madu? sedapnya, terus rasa lapar ni :)

      Delete
  7. salam sis, tq for sharing.. :), selalunya biskut ni tahan berapa lama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, sama-sama ... tak sure pula tahan berapa lama sebab selalunya tak sampai sebulan dah licin :)

      Delete
  8. Salam sis.. Nak tanya..berkenaan cara2 no.3 tu.. Cornflakes kisar dan hancur tu gabung skali dgn smua tpung ke?..apa peranan cornflakes kisar dan hancur digabungkan skali?.. Atau sy yg kurg fhm yg cornflakes hancur tu utk hiasan ke mcmn.. Tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ... yer conflakes kisar dan hancur tu campur sekali ... yang kisar nak bagi rasa cornflakes lebih terasa, yang hancur untuk bagi ada rasa tekstur cornflakes ...

      untuk hias tu guna cornflakes sebiji-sebiji :)

      Delete
  9. saya dah buat.. saya kurang kan gula.. jadi 1 cawan shj.. sedap ..Allah bagi sedap..terima kasih atas resepi nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jadi ... sama-sama :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...