Tuesday, February 10

Menginap di Hotel De Palma Kuala Selangor

Salam ...

Last saturday kami stay di Hotel De Palma Kuala Selangor. So, nak review sikit la, kot ada yang berminat nak pergi. Kami beli tiket online, jimat RM80, harga walkin RM210, harga online RM130 untuk Superior Twin.

Last year kami beli juga tiket online Hotel De Palma Kuala Selangor ni, tapi bila nak pergi si nombor tiga tu demam, time tu dia baby lagi, baru tiga bulan, so kami cancel. Terbang la duit. Tu la risiko kalau beli online, walaupun murah, kita bayar tapi belum tentu dapat pergi :)

Hotel De Palma Kuala Selangor ni challet kayu je. Tapi kawasannya luas, so anak-anak boleh berlari sana-sini kat rumput.

Receptionist counter. Dekat ruang menunggu hanya ada dua sofa single aje. Adoi la, letih berdiri.

Check in mesti pukul tiga. Dah pukul tiga pun banyak lagi challet yang belum dibersihkan,
bergantung tuala cadar di tangga.

Kami datang awal tau. Biasa kalau pergi hotel memang kami datang awal dalam pukul dua macam tu. Staff hotel biasanya akan bagi kita masuk awal, walaupun tulis check in pukul 3 petang. Check out kan pukul 12 tengah hari, so mesti banyak dah bilik yang dah dibersihkan. Tapi De Palma ni lain, check in mesti pukul 3. Time kami tunggu tu pukul 2 ramai la yang baru check out, pulangkan kunci. Erm, patut la takde bilik yang kosong, semua pakat check out lambat :p

Bilik Superior Twin. Katil single dua. Cadar dia tak berapa nak bersih la, ada kesan tompok.

Sempit sangat bilik dia, lagi besar bilik chalet kampung taman sedia Cameron Highland, Klik Sini.

Bilik kami nombor 222, cantik nombor kan? Actually, kami expect hotel tiga bintang, saiz pun standard hotel tiga bintang la patutnya. Tapi yang kami dapat saiz hotel budget, ala-ala saiz Tune Hotel aje, saiz chalet kampung kat cameron pun lagi besar :p So kami tolak katil single tu bagi rapat, ada la ruang sikit untuk solat, untuk lepak dan untuk si kakak berdua tidur. Ni namanya destinasi budget, my dotter berdua tidur lantai je, kami siap bawa tilam kecil untuk diorang ;)

Kami pergi sini pun sebab ada swimming pool. Siap ada double slide lagi. 
Tapi kolam tak berapa nak bersih. Banyak nampak lumut-lumut terapung di air. 

 Siap bawa portable mini cooker lagi tu ;)

Kalau pergi hotel yang ada pool, harus la bawa megi, snek, coffee dan milo 3 in 1  bagai. Pas mandi kolam semua pun  kelaparan, so takyah la nak order makanan kat hotel harga berlipat ganda tu, nama pun destinasi budget ;)

Posing dulu sebelum balik. Bye bye De Palma :)

Hotel ni tak ada pun sabun dan shampoo botol kecil tu, so kalau nak datang, kena bawa sendiri kay. Toilet pun ada tiles yang pecah sikit. Check in lambat, kebersihan so-so ajer, toileteries pun tak ada. Kalau lah bayar harga walk in RM210, memang rasa tak puas hati la kan :p

Breakfast disediakan. Harga yang kami bayar tu termasuk sarapan untuk dua dewasa. Menunya tak banyak choices macam di Goldcoast Morib, Klik Sini. Antara menu yang disediakan, nasi lemak, mee goreng, roti bakar, sosej dan nugget. Cukup lah bagi kami, sarapan jer kot. Yang penting ada cereal untuk anak-anak, tak lah diorang bising nak itu ini :)

Walaupun ibu ayah rasa macam banyak kureng je hotel ni, tapi anak-anak punya la seronok. Dapat mandi kolam dua kali lah katakan. Happy sangat diorang, so ibu ayah pun rasa happy la juga. Not bad la hotel ni kalau nak dibandingkan dengan harga yang kami bayar, tapi kalau korang jenis yang cerewet, pikir banyak kali lah yer sebelum datang.

Klik Sini untuk Kuala Selangor Destinasi Budget Kami.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


12 comments:

  1. nyaman dan tenang tengok sekeliling hotel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. persekitaran memang nyaman & tenang :)

      Delete
  2. permandangan cantik..tapi dengar cadar bertompok..terus cancel :-))...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. tompok kesan tak hilang walaupun dah basuh :p tapi tak kisah sangat la, yg penting cadar ditukar ;)

      Delete
  3. Walaupun banyak kekurangan, tetapi pemandangannya agak cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul, view memang cantik, yg penting anak-anak happy kann :)

      Delete
  4. janji anak-anak happy :)

    salam perkenalan kak
    jemput ke blog nana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kann :) ok nanti datang blog nana kay

      Delete
  5. hotel ni agak famous juga utk program2 ceramah atau training.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya target customer dia memang training dan function bagai, sebab customer weekend tak ramai pun :)

      Delete
  6. Replies
    1. boleh booking online @ http://www.depalmahotelonline.com ... booking online lebih murah compare walk in :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...